Rozaimi Rahman Mahu Kembali ‘Gegar’ Liga Malaysia
Transfer
Kedah Darul Aman
Advertisements

Bekas pemain berbakat Sabah FC, Rozaimi Rahman mahu membuat kemunculan semula di pentas bola sepak Malaysia.

Pemain berusia 31 tahun itu kali terakhir dilihat beraksi bersama kelab Liga M3, Machan FC dan berjaya menjaringkan beberapa gol buat pasukan.

Beliau yang kali terakhir beraksi bersama pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman mahu mencipta nama semula selepas menyatakan hasrat untuk kembali beraksi.

Advertisements

Menerusi satu hantaran di laman Tiktok beliau, pemain yang mesra dengan jolokan ‘neymar Malaysia’ ini memberi bayangan akan kembali aktif semula pada tahun hadapan.

Rozaimi memuat naik sebuah video yang memaparkan kelibat lincahnya beraksi di atas padang sekaligus menceriakan para peminat bola sepak tanah air.

“Saya akan membuat kemunculan semula tahun hadapan, InsyaAllah,” ujarnya.

Advertisements

Bekas pemain Malaysia ini sudah pun menceburi bidang kejurulatihan sebelum ini apabila mengemudi skuad muda Sabah FC.

Terdapat beberapa kelab di Liga Super yang kini sedang mengatur langkah untuk memantapkan pasukan sekaligus meletakkan Rozaimi sebagai salah satu calon pilihan di jentera tengah pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram