Advertisements
Rozaimi Rahman Dalam Diam Kembali Digeruni
Liga M4
MakanBola
Machan FC

Ketajaman penyudah bekas penyerang sensasi negara, Rozaimi Rahman kembali menghantui pertahanan di negara ini.

Bekas bintang JDT II itu kembali merancakkan arena bola sepak tempatan apabila menyertai sebuah kelab di Borneo, Machan FC.

Bintang berpengalaman negara ini terus membuktikan sentuhan dan ketajaman penyudahnya sejak beraksi di sana.

Beliau yang pernah menyarung jersi Kedah Darul Aman berjaya membantu pasukannya untuk berada di kemuncak kumpulan selepas 5 perlawanan.

Rozaimi kini menjadi penjaring kedua terbanyak dalam Al-Ikhsan Cup di belakang bintang Bunga Raya FC, Ravindran Krishnan.

Beliau kini sudah pun meledak 7 gol dan dipisahkan dengan 3 gol apabila Ravindran mendahului carta dengan 10 gol.

Sentuhan pemain kelahiran Sabah ini dilihat masih berbisa untuk membantu mana-mana pasukan yang diwakilinya.

Pemain yang pernah bersama beberapa pasukan seperti Selangor juga pernah dilabel sebagai salah seorang bintang terbaik di Malaysia.

Kecederaan bagaimanapun menghalang rentaknya untuk terus menggegar arena bola Malaysia.

Machan FC kini berada di tangga teratas liga dengan 13 mata selepas 5 perlawanan.