Advertisement
Skuad Muda JDT Kukuh Reputasi, Benam Lion City Sailors
Liga M4
MakanBola
Johor Southern Tigers

Skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus memperkukuh reputasi mereka dengan mengalahkan kelab Singapura, Lion City Sailors semalam.

Perlawanan ini merupakan kesinambungan usaha memperkukuh program akar umbi bola sepak di Johor dan Singapura.

Ia terhasil menerusi kerjasama yang dimeterai PBNJ dan FAS pada pertengahan tahun ini.

Menerusi kerjasama ini, pasukan-pasukan remaja dari Singapura akan mengadakan siri perlawanan persahabatan dengan pasukan akademi negeri Johor.

Perlawanan skuad B-17 JDT dan The Sailors ini berakhir dengan kemenangan 1-0 buat tuan rumah seperti dikongsikan oleh Johor Southern Tigers.

Selain dapat meninjau kemajuan kedua-dua pasukan remaja itu, ini secara tidak langsung mengembalikan perseteruan Causeway Derby yang pernah menjadi bualan satu ketika dahulu.

Kemajuan ubi muda JDT ini juga dijangka diperhatikan oleh pengendali JDT IV, Juan Miguel Munoz Rodriguez.

Selepas melihat pasukannya kempunan meraih Piala Belia 2023, pemain-pemain yang menonjol akan dipilih memperkuat pasukan itu untuk saingan kejohanan berkenaan pada 2024.