Advertisement
Kerteh Tewas Lagi Kepada Kesa FC
Liga M4
MakanBola
Kerteh FC

Pasukan yang semakin meningkat naik, Kerteh FC menggigit jari lagi selepas mereka tewas kepada Kesa FC dalam aksi terbaru Terengganu Football League.

Selepas tewas kepada Besut FA pada minggu lepas, The Oilers berharap dapat bangkit dan merekodkan kemenangan.

Walaupun beraksi di tempat lawan, Kerteh boleh menghela nafas lega kerana kapten Amierul Akin kembali membarisi kesebelasan utama.

Amierul sebelum ini tidak dapat membantu The Oilers pada minggu lepas kerana menjalani penggantungan satu perlawanan.

Babak pertama menyaksikan permainan seimbang membabitkan kedua-dua pasukan. Biarpun memiliki beberapa peluang menjaringkan gol, kedudukan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol bagi memecahkan kebuntuan.

Akhirnya Kesa berjaya mendapatkan dua gol bagi meraih kemenangan di halaman sendiri. Sementara Kerteh pula pulang dengan tangan kosong biarpun menjaringkan satu gol.

Keputusan ini membolehkan Kesa berkongsi kedudukan tiga teratas dengan Setiu FA. Manakala The Oilers pula jatuh ke tangga keenam liga selepas tiga perlawanan.