Kerteh Tewas Kepada Besut FA
Liga M4
Advertisements

Liga Bola Sepak Terengganu (TFL) meneruskan saingannya bagi perlawanan kedua. Kerteh yang menjadi tuan rumah terpaksa akur dengan kekalahan tipis kepada pasukan pelawat, Besut FA dengan keputusan 1-0.

Perlawanan yang dilangsungkan di Kerteh Sports City itu menyaksikan kawalan bola lebih terarah kepada Besut FA di awal permainan. Manakala Kerteh masih tercari-cari rentak permainan mereka untuk beberapa minit terawal.

Besut akhirnya berjaya di hadapan seawal minit ke-18 perlawanan melalui penyudah dari penyerang mereka yang juga kapten pasukan. Gol tersebut terhasil melalui hantaran lintang dari bahagian sayap kiri yang terus disempurnakan. Besut di hadapan 1-0.

Advertisements

Perlawanan tampak lebih seimbang dengan kedua-dua berbalas serangan. Namun begitu, tiada tambahan jaringan dapat dihasilkan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Besut meneruskan gerak serangan melalui hantaran-hantaran pendek bagi mendapatkan gol tambahan. Berbeza buat Kerteh yang menerapkan taktikal hantaran jauh yang kadang kala membuatkan mereka hilang penguasaan bola.

Advertisements

Kapten pasukan Besut hampir sehaja menambah jaringan buat Besut pada minit ke-69 selepas beliau menerima hantaran lolos daripada rakan sepasukan. Tapi sayang, percubaannya melambung tinggi walaupun pintu gol sudah terbuka.

10 minit terakhir menyaksikan Besut semakin mengendurkan asakan ke kubu Kerteh dan acap kali melambat-lambatkan permainan. Kerteh menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan, namun kedudukan kekal 1-0 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Advertisements

Kekalahan 0-1 di tangan Besut menyebabkan Kerteh keciciran mata walaupun memulakan saingan liga dengan kemenangan. Manakala Besut terus berada di kedudukan teratas selepas dua kemenangan dapat direkodkan dalam dua perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram