Pelapis JDT Catat Kemenangan Besar 8-0 Atasi Geylang International
Liga M4
Johor Southern Tigers
Advertisements

Skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) meneruskan kemajuan memberangsangkan untuk tahun 2024.

Skuad JDT Bawah 13 Tahun (B-13) membuka kempen Singapore Youth League (SYL) dengan meraih kemenangan besar 8-0 ke atas Geylang International FC.

Kejayaan ini dikongsikan pengurusan JDT menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini.

Advertisements

Ini dilihat satu langkah positif buat ubi muda Harimau Selatan selepas menggondol pelbagai kejohanan peringkat remaja pada tahun lepas.

SYL merupakan liga pembangunan akar umbi Singapura membabitkan 200 pasukan dari 52 kelab dan akademi merentasi pelbagai peringkat umur.

JDT menerima jemputan beraksi dalam SYL kerana itu sebahagian daripada kerjasama berterusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang dimeterai pada 2023.

Advertisements

Kejayaan ini dijangka menggalakkan skuad muda JDT untuk tampil lebih cemerlang dalam SYL selepas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram