Misteri Kehilangan S. Chanturu Kini Terjawab
Liga M4
Trinity FC
Advertisements

Agak lama tidak mendengar berita berkenaan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sarawak United, S. Chanturu. Karier pemain berusia 35 tahun itu semakin tenggelam selepas meninggalkan JDT pada penghujung 2017.

Musim 2023 menyaksikan Chanturu telah beraksi untuk Harini FT dalam saingan Liga M3. Harini FT menamatkan kedudukan di tangga ke-3 musim ini.

Namun begitu, baru-baru ini, kemunculan Chanturu kembali kelihatan apabila beliau beraksi bersama Trinity FC di dalam saingan Liga Sosial RF.

Advertisements

Sebagai info, Liga Sosial RF adalah saingan liga playoff untuk beraksi di saingan Selangor Champions League (SCL). Ini bermakna Chanturu kini menjadi anak didik kepada Azmeer Yusof yang menjadi jurulatih kelab tersebut.

Selain Chanturu, Trinity juga dikuatkan dengan beberapa pemain-pemain berpengalaman seperti Forkey Doe, Zah Rahan Krangar, Azidan Sarudin dan Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri atau lebih dikenali dengan panggilan Beto.

Advertisements

Biarpun sudah berusia 35 tahun, namun musim ini Chanturu masih mempamerkan kelajuan seperti zaman mudanya selain turut mencetak dua bantuan gol ketika Harini FT menewaskan Melaka FC dalam saingan Liga M3.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram