Final 2 Piala Belia: Selangor Muncul Juara Kalahkan JDT
Liga M3
FA Malaysia
Advertisements

Selangor muncul juara Piala Belia 2023 selepas mengatasi cabaran sengit Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV dalam aksi final kedua hari ini.

Selepas terikat 1-1 dalam aksi final pertama pada minggu lepas, kedua-dua pasukan tahu peluang menjulang Piala Belia masih lagi terbuka.

Babak pertama menyaksikan JDT IV membuka tirai jaringan pada minit kelima menerusi Naim Zainudin. Gol tersebut mendorong tuan rumah bangkit mengasak tetapi kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, The Red Giants kembali memperkemas rentak. Hasilnya, Adam Haikal Azizol menyamakan kedudukan pada minit ke-58.

Selangor yang semakin garang terus berusaha membolosi gawang Harimau Selatan yang dikawal Haziq Aiman Mohd Isa. Hasilnya, Amirul Izwan Mamad Rusdi meletakkan Merah Kuning di hadapan pada minit ke-82.

Advertisements

Belum sempat tuan rumah meraikan kelebihan mereka, JDT IV kembali menyamakan kedudukan tiga minit selepas itu menerusi Danish Hakimi Sahaludin.

Pada akhirnya, kemenangan Selangor disahkan menerusi tandukan kencang Amirul Izwan menewaskan Haziq Aiman pada minit ke-88. Ini sekaligus memastikan tuan rumah menang dengan kelebihan agregat 4-3.

Advertisements

Pencapaian ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan penyokong Merah Kuning selepas melihat skuad senior tunduk 2-0 di tangan Terengganu dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram