Piala Malaysia: Terengganu Belasah Selangor
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Saingan suku akhir Piala Malaysia diteruskan dengan aksi tumpuan di antara Terengganu FC dan Selangor FC. Dalam aksi yang dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, Terengganu selaku tuan rumah berjaya menewaskan Selangor dengan keputusan 2-0.

Perlawanan dimulakan dengan agak rancak dengan penguasaan bola lebih memihak kepada tuan rumah. Terengganu mempunyai peluang keemasan untuk berada di hadapan seawal minit ke-5 hasil percubaan Ivan Mamut yang menerima hantaran dari Sony Norde, namun rembatan leret penyerang dari Croatia itu tersasar.

Pasukan Selangor dilihat masih gagal mendapatkan rentak dalam perlawanan ini dengan mereka kerap kali kehilangan bola selepas ditekan pemain Terengganu.

Advertisements

Ivan Mamut sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-22 namun rembatan deras dari dalam kotak penalti itu dihalang pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin.

Selepas serangan demi serangan dilancarkan, Terengganu akhirnya berada di hadapan pada masa kecederaan selepas Ivan Mamut menyempurnakan sepakan penalti. Sepakan penalti itu dihadiahkan selepas Nurillo Tukhtasinov dikasari Quentin Cheng.

Advertisements

Kedudukan 1-0 memihak Terengganu sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua dimulakan dengan Selangor membawa masuk dua pemain tengah import iaitu Noor Al-Rawabdeh dan Yohandry Orozco bagi memberikan kawalan bola yang lebih baik di bahagian tengah.

Advertisements

Selangor mempunyai peluang untuk mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-57 melalui Richmond Boakye namun tandukan jarak dekat pemain itu berjaya diselamatkan Suhaimi Husin di gawang Terengganu.

Selangor terus melancarkan serangan ke atas kubu Terengganu dengan bahagian tengah mereka kembali bernyawa berbanding di separuh masa pertama.

Advertisements

Dalam kesibukan Selangor melancarkan serangan, Terengganu juga berpeluang untuk menambah jaringan pada minit ke-72 melalui rembatan jarak jauh Habib Haroon namun sedikit tersasar.

Terengganu akhirnya menambah luka Selangor apabila pemain muda Terengganu, Syahmi Zamri meledak pada masa kecederaan hasil tandukan tajam yang menewaskan Samuel Somerville.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat permainan. Bekalan dua gol itu sememangnya belum selamat buat Terengganu. Mereka bakal bertandang ke Stadium MBPJ pada aksi timbal balik suku akhir menentang Selangor pada 24 September depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram