Final 1 Piala Belia: JDT & Selangor Sama Rancak
Liga M3
FA Malaysia
Advertisements

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV memastikan mereka ada bekalan gol untuk final kedua Piala Belia 2023 biarpun diikat 1-1 oleh Selangor FC hari ini.

Kedua-dua pasukan mara ke final selepas masing-masing mengatasi Terengganu FC IV dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di pentas separuh akhir.

Babak pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling menyerang. Begitupun kedua-dua pasukan terikat 0-0 semasa rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, JDT IV menyumbat gol pertama perlawanan menerusi Nur Ezawi Nor Azman Abdullah pada minit ke-66.

Bagaimanapun, Selangor memastikan mereka ada kelebihan untuk final kedua di Stadium UiTM. Kelebihan itu diraih menerusi gol Adam Haikal Azizol pada minit ke-82 dengan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Selepas ini, kedua-dua pasukan bakal bersaing sekali lagi dalam aksi final kedua pada 17 September ini di Stadium UiTM bagi menentukan juara Piala Belia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram