Advertising
Ruben Amorim Disaran Jual 10 Bintang Manchester United
MakanBola
Manchester United FC
Sponsors

Dengan kemelut prestasi yang melanda Manchester United ketika ini, Ruben Amorim disarankan untuk melepaskan 10 pemain The Red Devils ini.

Manchester United kini menghuni tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris selepas hanya sekadar mengutip 22 mata daripada 19 aksi hasil 6 kemenangan, 4 kali seri dan juga 9 kekalahan.

Ad

Rekod 9 kekalahan ini juga termasuklah ketika Manchester United tumbang di laman sendiri kepada Newcastle United pada awal pagi Selasa hasil gol Alexander Isak dan Joelinton.

Ad

Menurut laporan Mirror UK, Chris Sutton yang juga bekas pemain England menggesa Ruben Amorim agar menjual 10 orang pemain termasuklah Matthijs de Ligt dan Joshue Zirkzee.

De Ligt masih dianggap belum memenuhi jangkaan dan perlu ada pemain lebih baik di posisi tersebut dan Zirkzee pula disifatkan sebagai pemain yang perlu berkembang dan tidak diperlukan oleh United.

Ad

Selain itu, penjaga gol, Altay Bayindir dan 3 lagi pertahanan iaitu Victor Lindelof, Jonny Evans serta Tyrell Malacia turut berada dalam senarai pemain yang dicadangkan oleh Sutton untuk dijual.

Ad

4 lagi pemain iaitu Casemiro, Christian Eriksen, Antony dan Marcus Rashford melengkapkan senarai 10 bintang tersebut dengan Sutton mahu Harry Maguire dikekalkan atas faktor kepimpinan.

Ad

“Saya mahu mengekalkan Harry Maguire kerana saya fikir dia memiliki watak yang baik, dan United perlukan lebih banyak pemain seperti itu di bilik persalinan,” cadang Sutton kepada Amorim menurut laporan Mirror UK.

Ujian berat menanti Manchester United hujung minggu nanti apabila bakal menentang pendahulu liga, Liverpool di Anfield pada awal pagi Isnin hadapan.