Advertising
Sidang Media Ruben Amorim Terganggu Akibat Siling Old Trafford Bocor
MakanBola
MUFC/Samuel Luckhurst

Satu insiden siling bocor berlaku ketika sesi sidang media oleh pengurus Manchester United, Ruben Amorim selepas tewas besar di Old Trafford.

Manchester United melayani kunjungan Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu ke-17 dengan momentum cemerlang setelah menumpaskan Man City di Etihad minggu lalu.

Walau bagaimanapun, United dikejutkan dengan gol pertama pada minit ke-29 menerusi tandukan Dean Huijsen berpunca daripada tendangan percuma dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah.

Ad

The Red Devils cuba bangkit namun dua gol di babak kedua hasil sepakan penalti Justin Kluivert serta Antoine Semenyo buatkan Manchester United tewas buat kali ketujuh musim ini.

Ad

Selepas perlawanan, satu insiden di luar jangkaan berlaku apabila bahagian siling di ruang sidang media Old Tafford dilihat mengalami kebocoran ketika sesi sedang berjalan.

Menerusi satu kiriman video oleh wartawan United Kingdom, Samuel Luckhurst menyaksikan titisan air jatuh dari siling di bilik sidang media ketika Ruben Amorim sedang menjawab soalan.

Ad
Ad

”Di tengah-tengah sidang media Ruben Amorim, siling mula bocor,” lapor Luckhurst di laman X beserta rakaman video.

Ad

Kejadian ini mengingatkan mengenai insiden bumbung Old Trafford yang sebelum ini juga pernah bocor pada bulan Mei lalu sehingga air mencurah-curah di kawasan tempat duduk penonton.

Kekalahan di laman sendiri menyaksikan Manchester United kekal di tangga ke-13 liga kini dengan hanya 22 mata setelah 17 perlawanan dengan ujian seterusnya berdepan Wolves di laman lawan.