Ruben Amorim Mahu Kembali Semula Ke Malaysia
MakanBola
Manchester United

Pengurus Manchester United, Ruben Amorim berharap dapat kembali semula ke Malaysia pada masa akan datang.

Hasrat itu dizahirkan jurulatih Portugal itu apabila diminta mengulas tentang jelajah pasca-musim yang dilalui United baru-baru ini.

Amorim menyifatkan sokongan padu penyokong di benua Asia terutama Malaysia sepanjang jelajah tersebut cukup bermakna.

Justeru, beliau berharap apabila United kembali ke Asia untuk jelajah pra-musim, mereka dapat kembali dengan rekod lebih cemerlang.

“Kita amat menikmati sokongan penyokong di Asia. Mereka sangat baik dan bersifat menghormati. Kita akan kembali bukan saja dengan lebih banyak masa tetapi juga dengan gelaran juara dan rekod yang lebih baik,” katanya.

Jelajah pasca-musim United menyaksikan pasukan itu merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan.

The Red Devils memulakan jelajah dengan kekalahan 1-0 di tangan ASEAN All-Stars pada 28 Mei lalu. Ini disusuli kemenangan 3-1 ke atas skuad kebangsaan Hong Kong dua hari selepas itu.