Dunia
Sports Aperture
Advertisements

Beberapa hari yang lalu, media-media terkenal Thailand telah mendedahkan keadaan terkini padang Stadium Rajamangala yang telah melalui satu transformasi dan kini siap sedia untuk digunakan terutama untuk sukan bola sepak.

Dari gambar-gambar yang dimuatnaik dipelbagai platform itu, jelas keadaan rumput dan padang Stadium Rajamangala memang padu dan ramai yang berpuas hati melihat hasil selepas proses penukaran rumput itu selesai.

rajamangala Rumput Baharu Stadium Rajamangala Memang Padu, Sedia Untuk Pertembungan Liverpool Dan Manchester United

Kurang 1 bulan dari sekarang, venue tersebut akan menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak dirantau Asia Tenggara kerana perlawanan Liverpool berdepan Manchester United akan berlangsung dan sudah semestinya keadaan padang yang berkualiti tinggi seperti itu bakal menyajikan satu pengalaman yang baik untuk mereka yang hadir nanti.

Advertisements

Dari maklum balas sosial media, ramai yang teruja dengan keadaan padang terkini Stadium Rajamangala itu dan tidak sabar untuk hadir menyaksikan perlawanan berkelas antarabangsa sama ada dari pasukan kelab atau skuad kebangsaan.

Thailand sebenarnya sudah agak lama melakukan transformasi padang bola sepak dan boleh dikatakan banyak stadium yang memiliki padang yang berkualiti tinggi berbanding negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.

Kita juga kini menantikan apakah padang Stadium Nasional Bukit Jalil akan memiliki kualiti padang dan rumput yang berkelas dunia setara dengan status stadium itu sendiri tidak lama lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram