Advertising
“Rundingan Dengan Selangor Itu Berlaku Namun Tidak Berjaya”
MakanBola
Azri Haziq / MakanBola

Hasrat Penang FC untuk mendapatkan khidmat pertahanan tengah Selangor FC tidak kesampaian.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkenaan situasi semasa skuad The Phanters yang begitu rancak membawa masuk muka baharu.

Ad

Beberapa watak penting difahamkan sudah pun bersetuju untuk menyertai Penang FC di bawah kendalian Akmal Rizal yang membawa idea baharu bagi musim 2024/25.

Ad

Skuad itu bagaimanapun menagih harapan untuk mendapatkan sentuhan tonggak kebangsaan, Ahmad Khuzaimi Piee yang kurang mendapat tempat bersama Selangor untuk dibawa ke Utara tanah air.

“Rundingan itu berlaku antara Penang dan Khuzaimi memang berlaku namun saya difahamkan ianya tidak mencapai persetujuan,” ujarnya kepada Astro Arena.

Ad

Khuzaimi juga baru selesai tugasan bersama skuad kebangsaan di Piala Asia 2023 apabila tersenarai dalam skuad Kim Pan-gon.

Ad

Kelibat beliau kelihatan mula menjalani latihan bersama The Red Giants semalam.

Ad

Dalam sesi langsung di laman Tiktok, beliau juga sempat memberi penjelasan mengenai masa depannya sambil memberitahu bahawa beliau mahu kekal terlebih dahulu bersama Selangor.

Anak didik Tan Cheng Hoe akan mengharungi kempen di Liga Juara-Juara AFC2 (ACL2) musim ini dan bakal berdepan lawan yang cukup hebat di Asia.