Ujian Berganda Khuzaimi Piee Di Selangor
Liga Super
MakanBola
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pertahanan versatil Selangor FC, Khuzaimi Piee berdepan detik sukar dalam musim pertamanya di Selangor apabila sekali lagi mengalami kecederaan.

Pemain berusia 28 tahun itu diturunkan selaku pemain utama berdepan Sabah FC yang menyaksikan The Red Giants menang dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Beliau bagaimanapun terpaksa dikeluarkan pada babak pertama permainan selepas disahkan mengalami kecederaan.

Perjalanan bekas pemain Negeri Sembilan ini sudah pasti tidak berjalan seperti yang diharapkan selepas beliau mula mengalami kecederaan bermula pada kempen Piala AFF tahun lalu.

Advertisements

Perkara ini mengakibatkan Khuzaimi tidak berjaya memperoleh minit permainan yang diharapkan pada awal musim.

Kepulangan beliau untuk menambat hati pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe mula menampakkan hasil namun sekali lagi terbantut disebabkan kecederaan.

Advertisements

Sungguhpun tiada info lanjut berkenaan status kecederaan beliau, keadaan ini sudah pasti tidak membantu Selangor dan juga dirinya tatkala cabaran pasukan untuk terus mengukuhkan kedudukan tempat kedua sedikit terjejas.

Pada musim ini, anak jati Melaka ini hanya beraksi sekitar 540 minit dan sekali lagi terpaksa akur untuk diketepikan seketika.

Advertisements

Selangor akan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam misi menebus kekalahan 4-0 pada aksi separuh akhir Piala FA tempoh hari.

News Comments Account