Ads
Russia Dikritik Pilih Hadapi Vietnam & Thailand
Eropah
Team Russia

Tindakan Russia memilih menentang dua wakil Asia Tenggara, Vietnam dan Thailand pada September ini dikritik seorang legenda bola sepak negara itu.

Advertisements

Baru-baru ini, Vietnam mengumumkan penganjuran Tri Nations Tournament 2024 membabitkan pasukan itu, Thailand dan Russia. Kejohanan ini bakal berlangsung di Hanoi dari 5 hingga 10 September ini.

Advertisements

Ini sekaligus mengesahkan khabar angin pasukan yang diberi jolokan Sbornaya itu bakal mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa di Asia Tenggara pada September atau Oktober ini.

Advertisements
Advertisements

Walau bagaimanapun, legenda bola sepak Russia, Aleksandr Mostovoi mengkritik keputusan Kesatuan Bola Sepak Russia (RFU) untuk menerima jemputan Vietnam.

Ini kerana bekas bintang Celta Vigo itu menyifatkan dua lawan berkenaan langsung tidak sesuai dengan status Sbornaya sebagai pasukan yang menduduki ranking ke-33 dunia.

Advertisements

“Saya rasa ini melucukan untuk mendengar nama pasukan-pasukan ini (Vietnam dan Thailand). Perlawanan-perlawanan ini tidak memberi makna apa-apa.

“Anda boleh bermain dengan sesiapa (yang anda mahu) tetapi anda perlu ada rasa hormat terhadap diri sendiri walaupun anda dikenakan penggantungan oleh FIFA,” katanya kepada Soviet Sport seperti yang dilaporkan TheThao247.

Selain Celta Vigo, Mostovoi pernah mewakili Strasbourg, Spartak Moscow, Caen, Alaves dan Benfica. Beliau juga pernah meraih 50 penampilan bersama Russia dari 1992 hingga 2004.

Russia bakal membuka kempen Tri Nations Tournament 2024 dengan menentang Pahlawan Bintang Emas pada 5 September.

Advertisements

Ini disusuli aksi menentang Thailand pada 7 September. Manakala Vietnam dan skuad Gajah Perang bakal berentap pada 10 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram