Setelah muncul wira negara dengan menyumbang pingat gangsa di temasya Olimpik, Lee Zii Jia dan Soh Wooi Yik kembali ke Malaysia dengan rutin aktiviti yang mendapat perhatian ramai.
Lee Zii Jia meraih pingat gangsa bagi acara perseorangan lelaki setelah menewaskan Lakshya Sen dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-11 untuk merangkul pingat pertamanya di pentas Olimpik.
Manakala Soh Wooi Yik yang bergandingan bersama Aaron Chia bagi acara beregu lelaki berjaya mempertahan pingat gangsa dengan menundukkan wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen.
Kedua-dua jaguh negara ini telah selamat tiba di tanah air pada Rabu bersama kontinjen badminton yang lain dan disambut meriah oleh tetamu kehormat, media dan para peminat.
Sehari kemudian, Zii Ji memuatnaik satu gambar melalui Instastory sedang menikmati sarapan bersama Soh Wooi Yik sebagai satu aktiviti pertama mereka apabila tiba di Malaysia.
Di dalam gambar tersebut kelihatan Soh Wooi Yik sedang membelek menu makanan sambil terdapat sepinggan nasi lemak dipercayai kepunyaan Zii Jia.
Dua sahabat karib ini sedang menikmati hari cuti selepas berhempas pulas berjuang membawa nama Malaysia sebelum menyambung perjuangan dalam kejohanan BWF.