Advertisement
Ruventhiran Kurang Selesa Ditanya Berkenaan Kelab Waktu ‘National Duty’
Dunia
MakanBola
Haziq/MakanBola

Pemain pertahanan Harimau Malaya, V. Ruventhiran dilihat seakan kurang selesa ketika ditanya berkenaan kelab ketika sedang bersama kem kebangsaan.

Tonggak baru Selangor FC itu berpendapat keutamaannya ketika ini adalah untuk membantu Harimau Malaya menjuarai kejohanan Piala AFF 2022.

Ketika Ruventhiran ditanya seorang wartawan berkenaan perjalanannya bersama Selangor FC musim ini, pemain berusia 21 tahun itu menjelaskan bahawa beliau mahu menghabiskan dahulu tugasnya bersama skuad kebangsaan.

“Lepas habis tugas bersama skuad negara, baru saya fikir tentang kelab. Sampai sekarang saya tak fikir tentang kelab sebab negara lebih penting.”

Ruventhiran dalam pada itu sempat menzahirkan keterujaan dapat menjadi tonggak baru buat Selangor. Menurutnya beliau amat gembira dan bersemangat untuk kembali berbakti di negeri kelahirannya.

“Kami jalankan tugas kami disini dahulu. Lepasni saya akan pulang ke kelab dan saya akan kerja keras untuk dapatkan tempat disana. Saya bersemangat kerana saya dibesarkan disana dan saya sangat gembira dapat pulang ke Selangor.”

Ruventhiran berjaya membantu skuad Harimau Malaya layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022 selepas menundukkan Singapura dengan keputusan 4-1 pada kelmarin. Malaysia bakal berdepan cabaran Thailand bagi aksi suku akhir pertama pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.