Ryna Nzita Dapat Rasakan Penyokong Wanita Dihargai Dengan Jersi Sumandak Sabah
Komuniti
@rynanzita_
Advertisements

Kelainan yang ditonjolkan pasukan Sabah FC ketika melancarkan jersi mereka untuk musim ini berjaya mencuri tumpuan banyak peminat bola sepak tempatan terutama kepada peminat wanita.

Sabah FC melancarkan jersi ‘away’ yang dinamakan Sumandak atau dalam bahasa melayu bermaksud gadis yang diperagakan Ratu Cantik kota Marudu 2022, Evanatie Sannie dan sekaligus menarik perhatian penyokong Sabah.

Salah seorang penyokong fanatik wanita Sabah FC, Ryna Nzita Raimon menyifatkan kelainan yang ditampilkan itu memberikan rasa penghargaan kepada semua penyokong wanita Sabah yang sering hadir ke Stadium Likas untuk memberikan sokongan.

Advertisements

Ryna, 22 seorang penari dari Kota Belud Sabah itu turut menyukai rekaan dan warna jersi Sumandak itu yang disifatkannya sebagai cantik dan menarik serta selesa dipakai bukan hanya di stadium malah sebagai pakaian kasual.

“Jersi Sumandak itu sangat cantik dari segi warna dan rekaan. Saya sebagai Sumandak Sabah sememangnya berbangga dan rasa dihargai oleh pasukan kerana memperkenalkan jersi yang ditujukan kepada penyokong wanita.

“Sebelum ini hanya sedikit sahaja penyokong wanita yang hadir ke stadium dan berharap makin ramai penyokong wanita hadir dan juga kesemua penyokong Sabah FC diharap sentiasa memenuhi Stadium Likas musim ini,” katanya ketika dihubungi MakanBola.

Advertisements

Selain berbangga dengan jersi Sumandak, Ryna turut berharap agar pasukan Sabah FC dapat mempamerkan aksi yang baik dan dapat menunjukkan peningkatan terutama dari segi kerjasama dalam pasukan.

“Harapan saya untuk pasukan Sabah FC musim ini adalah supaya pemain baru dan import dapat bekerjasama dengan baik dan juga dapat melihat peningkatan lebih baik berbanding musim lepas dan saya teruja untuk melihat permainan pemain import baharu, Telmo Casteniera,” tambahnya yang menggemari Park Tae-su.

Dia dan rakan-rakannya juga sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan pertama skuad Badak menentang PDRM FC di Stadium Likas Sabtu ini dan mengharapkan tiga mata penuh menjadi milik anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram