S. Kumaahran Tak Sabar Digandingkan Dengan Darren Lok
Dunia
MUFC
Advertisements

Penyerang baharu PJ City FC, S. Kumaahran mengakui teruja jika diberi peluang untuk bermain sebaris dengan Darren.

Pemain yang berusia 26 tahun itu ingin mengambil peluang sebaik mungkin untuk rebut tempat kesebelasan utama bagi mengharungi cabaran dalam saingan musim 2022.

S. Kumaahran turut menjelaskan dengan kehadiran pemain baharu, beliau percaya rakan sepasukan akan beraksi dengan lebih cemerlang berbanding prestasi yang lepas.

Advertisements

“Saya pernah bermain dengan Darren ketika dengan JDT II, jadi persefahaman dan keserasian dalam padang itu saya percaya masih ada.”

“Yang penting sekali saya kena dapatkan tempat dahulu untuk bermain dan kalau bergandingan dengan Darren, saya akan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk pasukan terutamanya untuk capai sasaran kedudukan lima terbaik,” ujarnya kepada MFL.

“Musim lepas mungkin sasaran mereka tidak tercapai apabila berada di tangga ketujuh, jadi tahun ini dengan kehadiran beberapa lagi pemain baharu, kami semua akan cuba membantu pasukan sebaik mungkin untuk raih sasaran itu”, jelasnya.

Advertisements

Sementara itu, S.Kumaahran mengidamkan 10 gol peribadi untuk musim ini kerana beliau pasti dengan kemampuan dan prestasi yang bakal menyempurnakan impiannya.

“Cuma kalau mendapat peluang, sudah tentu saya akan menggunakannya sebaik mungkin untuk mendapatkan gol peribadi, macam tahun lepas saya meraih enam gol, mungkin tahun ini mampu jaringkan sekurang-kurangnya 10 gol.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram