Advertising
S. Subramaniam Anggap Faktor Fizikal Punca Sri Pahang Kecundang
MakanBola
Sri Pahang FC

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, S. Subramaniam melihat faktor fizikal menyumbang kepada kekalahan Sri Pahang FC di tangan Terengganu FC.

Pandangan itu dibuat beliau selepas melihat kesukaran anak buah Fandi Ahmad mengekang asakan hebat pelawat diketuai pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Ad

Subramaniam melihat kelemahan dari segi aspek tersebut menyebabkan gawang Tok Gajah bocor sebanyak lima kali di Temerloh pada 27 Februari lalu.

Ad

“Keadaan fizikal mereka tidak berada pada tahap memberangsangkan. Dan intensiti perlawanan juga tidak begitu baik buat Sri Pahang, mereka tidak dapat menekan,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

“Kalau kita lihat gol Safawi, sepatutnya bagi pemain yang ada keadaan fizikal yang baik, mereka boleh saja menekan. Tetapi mereka berundur sehingga ke dalam kotak penalti.

Ad

“Itu menunjukkan mereka tidak mengalami keadaan (fizikal) yang baik. Yang nampak ketara dari segi intensiti perlawanan mereka ialah jurang yang terlalu besar antara barisan pertahanan dengan barisan serangan.”

Ad

Terengganu menyumbat lima gol menerusi Akhyar Rashid, Safawi, Safwan Mazlan, Ismaheel Akinade dan Manuel Ott. Sergio Aguero menyumbat gol saguhati buat Tok Gajah.

Ad

Sri Pahang turut dipaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Aleksandar Cvetkovic diperintah keluar padang pada separuh masa pertama.

Keputusan ini menyaksikan Sri Pahang kekal di tangga ke-11 liga dengan 17 mata. Peteh pula semakin menghampiri Sabah FC di tempat ketiga dengan 31 mata.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments