Advertising
Sabah Bergaya Tutup Tahun 2024
MakanBola
Sabah FC

Sabah FC memastikan mereka menutup tahun 2024 dengan bergaya apabila kekal tanpa kalah dalam 9 perlawanan semua kejohanan.

Selepas mengalami tiga aksi tanpa kemenangan pada Ogos dan September lalu, Sang Badak bangkit dengan merekodkan kemenangan 4-2 ke atas Perak FC di Manjung pada 19 Oktober lalu.

Ad

Kemenangan itu menjadi pencetus kepada lima kemenangan besar yang diraih Sabah. Selain Perak, Penang FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan PT Athletic FC turut menjadi mangsa Sang Badak.

Ad

Kemenangan 4-0 ke atas PT Athletic dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia membantu Sabah mara dengan keputusan agregat 7-0.

Meskipun Sang Badak dikejutkan dengan berita Datuk Ong Kim Swee meninggalkan pasukan pada penghujung November lalu, rentak cemerlang pasukan tidak terjejas.

Ad

Pengganti Kim Swee, Martin Stano yang dibantu Alto Linus memastikan Sabah kekal tanpa kalah bila berdepan Kuching City FC. Sang Badak meraih dua kemenangan daripada tiga perlawanan termasuk kemenangan 1-0 dalam saingan Piala Malaysia.

Ad

Kemenangan itu sudah cukup buat Sabah untuk mara ke separuh akhir dengan keputusan agregat 1-0 pada 23 Disember lalu.

Ad

Prestasi semasa dilihat memberi keyakinan kepada Sabah bukan saja untuk merebut kedudukan tiga pasukan terbaik Liga Super.

Malah, ini memberi keyakinan kepada Sang Badak untuk aksi separuh akhir Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC. Sekiranya mereka berjaya mengatasi Tok Gajah, Sabah berpeluang membuat penampilan keempat di pentas final kejohanan berprestij itu.

Kini, Sang Badak bakal berdepan ujian paling getir pada 11 Januari 2025. Ini kerana tarikh tersebut menyaksikan mereka akan berdepan juara Liga Super 10 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Rekod pertemuan lalu menyaksikan Sabah tewas 10 perlawanan kepada Harimau Selatan. Ini termasuk kekalahan 3-1 di Stadium Likas pada 13 Julai lalu.

Meskipun begitu, ini dilihat ujian terbaik buat anak buah Stano untuk membuktikan kemampuan mereka dalam menghadapi baki kempen musim 2024/25.