Dunia
Sabah FC
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee bakal diberi kebebasan dalam usaha membawa masuk muka baharu ke dalam pasukan pada musim hadapan.

Advertisements

Pihak pengurusan pasukan Sabah ketika jelas berpuas hati dengan pencapaian Kim Swee bersama pasukan selepas kini bersaing hebat bersama JDT di puncak liga.

Oleh yang demikian, mereka kini sudah mula mengatur langkah dalam usaha memantapkan lagi jentera pasukan The Rhinos terutamanya bagi memastikan merek layak ke pentas Liga Juara-Juara AFC pada tahun 2024.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh pengurus pasukan Sabah, Marzuki Nasir, beliau tidak mahu bertindak melulu sebaliknya bakal berbincang terlebih dahulu bersama bekas jurulatih Harimau Muda itu dan juga Presiden kelab, Datuk Seri Bung Mukhtar Radin.

“Kita akan memenuhi permintaan Datuk (Kim Swee)  mengenai pemain rasa yang perlu dibawa masuk ke Sabah FC untuk tambah baik.”

Advertisements

“Musim hadapan, Liga Malaysia juga lebih panjang kerana ada penyertaan 18 pasukan.”

Namun begitu, beliau tetap menghormati dan tidak mendedahkan mana-mana identiti pemain kerana mahu menghormati kontrak bersama kelab masing-masing.

“Kita juga harus faham mengenai kontrak pemain-pemain itu. Saya tidak mahu mengganggu hubungan mereka dengan majikan sedia ada kerana kita harus bersikap profesional,” katanya kepada Majoriti.

Malah, Marzuki juga mahu menyerahkan keputusan berkenaan pemilihan pemain kepada Kim Swee bagi memudahkan segala perancangan di atas padang berjalan lancar.

Sebelum ini, mereka dikatakan sedang berusaha untuk membawa masuk duo sensasi JDT, Akhyar Rashid dan juga Safawi Rasid bagi memantapkan lagi jentera serangan pasukan.

Ketika ini, Sabah berada pada tangga kedua di belakang JDT sekaligus bakal memberi cabaran yang cukup baik bagi merebut kejuaraan Liga Super musim ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram