Sabah Berpeluang Iringi JDT Ke ACLE
ACL
Sabah FC
Advertisements

Kejayaan Sabah layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC sebenarnya turut membuka peluang kepada mereka beraksi di pentas elit Asia musim hadapan.

Ini kerana pasukan yang berjaya menggondol gelaran juara Piala AFC musim 2023-2024 bakal layak ke aksi play-off Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024-2025.

Bagaimanapun, pasukan itu dikecualikan daripada saingan play-off sekiranya mereka layak ke ACLE sebagai juara liga atau kejohanan domestik negara masing-masing yang menawarkan slot kelayakan ACLE.

Advertisements

Ini sebahagian daripada usaha Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk memilih pasukan Asia terbaik beraksi dalam kejohanan baru itu menggantikan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Sekiranya Sabah berjaya meraih gelaran juara Piala AFC pada tahun hadapan, mereka bukan saja mengulangi pencapaian Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sebagai juara kejohanan sama pada 2015.

Malah, mereka berpotensi menjadi wakil Malaysia kedua beraksi di ACLE dengan syarat mereka berjaya melepasi pusingan play-off kejohanan.

Advertisements

Jika senario ini berlaku, ini secara tidak langsung membantu menambahbaik kedudukan Malaysia dalam Kedudukan Kejohanan Kelab AFC untuk musim 2026-2027.

Ini kerana sekiranya JDT, Sabah dan Selangor dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) konsisten menambah mata negara dalam carta ini musim depan, ini akan menambah slot kelayakan yang diterima Malaysia untuk ACLE dan ACL2.

Sekadar ingatan, ini hanya senario di atas kertas. Pada masa sama, kena ingat, tiada yang mustahil dalam dunia bola sepak.

Advertisements

Sabah bakal berdepan Macarthur untuk aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Perlawanan tersebut bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram