Sabah Sahkan Kemaraan Ke Separuh Akhir Zon ASEAN
AFC Cup
AFC Cup
Advertisements

Sabah FC menghela nafas lega kerana berjaya layak ke peringkat separuh akhir zon ASEAN Piala AFC musim 2023-2024.

Kejayaan itu diraih selepas skuad Badak membelasah kelab Singapore Premier League (SPL), Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar hari ini.

Gol oleh Darren Lok dan Ramon Machado serta dua gol sendiri Hougang memastikan skuad Badak meraih kemenangan mudah. Manakala Gabriel Quak menjaringkan gol saguhati buat tuan rumah.

Advertisements

Kedudukan Sabah sebagai pendahulu kumpulan tidak lagi boleh dicabar selepas Hai Phong dan PSM Makassar terikat 1-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan H.

Keputusan ini menyaksikan Sabah mengetuai Kumpulan H dengan 12 mata, lima mata di hadapan PSM dan The Flamboyant.

Advertisements

Ini menjadikan Sabah sebagai pasukan kedua layak ke separuh akhir Zon ASEAN selepas wakil Australia, Macarthur.

Kini, tumpuan tertumpu kepada Kumpulan G membabitkan Terengganu FC dan juara A-League musim lepas, Central Coast Mariners.

Advertisements

Dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan satu mata untuk aksi terakhir kumpulan, Terengganu bukan saja perlu menang ke atas Bali United.

Mengikut Footy Ranking, skuad Penyu perlu menjaringkan tujuh gol ke atas wakil Liga 1 Indonesia itu. Selain itu, mereka juga perlu berharap CCM kalah atau seri dengan Stallion Laguna.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram