Liga Super: Sabah Ekori Rapat JDT Tewaskan Sarawak United
Dunia
MakanBola
MFL
Advertisements

Derby Borneo yang melibatkan pertembungan antara pasukan Sabah dan juga Sarawak United berlangsung dengan cukup baik sebelum kemenangan berpihak kepada Sabah.

Kedua-dua pasukan bermula dengan cukup baik untuk memulakan asakan awal bagi menguji pintu gol lawan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee jelas lebih selesa untuk mendominasi perlawanan menerusi hantaran-hantaran pendek untuk memecahkan blok pertahanan lawan.

Namun begitu, ia kekal tidak mampu untuk menembusi gawang gol pasukan Sarawak United yang dikawal rapi sepanjang 45 minit permainan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Sarawak United sering melakukan serangan balas pantas yang sesekali mencemaskan benteng pertahanan Sabah.

Usaha keras dan asakan bertali-arus akhirnya membuahkan hasil apabila satu hantaran lintang cantik oleh Saddil Ramdani  ditanduk masuk dengan kemas oleh Baddrol Bakhtiar untuk gol pembukaan pada minit ke-62.

Peluang terbaik pasukan pelawat hadir menerusi satu serangan balas pantas namun rembatan kencang Uche Agba diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Keputusan ini kekal sehingga 90 minit permainan sekaligus membawa kejayaan yang cukup bermakna dalam usaha mengekor rapat pendahulu liga, JDT.

Advertisements

News Comments Account