Sabah FC Jadi Destinasi Stuart Wilkin Teruskan Karier Di Malaysia
Transfer
officialjohor
Advertisements

Kelab Bola Sepak negeri di bawah bayu, Sabah FC hari ini mengumumkan kemasukan pemain muda berdarah kacukan Malaysia dan England, Stuart Wilkin secara pinjaman selama setahun untuk memperkuatkan jentera serangan dalam saingan Liga Malaysia Musim depan.

Stuart sah mendatangani pasukan Johor Darul Ta’zim pada bulan April yang lalu. Beliau juga sudah membuat penampilan sulung bersama pasukan “feeder club”, JDT II ketika aksi menentang skuad Projek FAM-MSN.

Bukan itu sahaja, pemain berusia 22 tahun ini merupakan graduan daripada akademi Southampton FC. Beliau berjaya menjaringkan 4 gol serta 12 assist bersama pasukan tersebut. Beliau turut membuat 20 penampilan dalam saingan Liga Belia England pada musim 2015/2016.

Advertisements

Pemain muda berbakat ini berjaya membentuk gandingan yang ampuh di bahagian serangan JDT II bersama dua lagi pemain iaitu Fernando Rodriguez dan Alif Mutalib sekaligus membantu pasukan menamatkan saingan di tangga keempat dalam Liga Premier Malaysia musim lepas.

Wilkin bakal bergandingan bersama nama-nama besar yang baru sahaja menyertai Sabah FC seperti ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Dominic Tan. Secara tidak langsung, hasratnya untuk beraksi dibawah kendalian Ong Kim Swee pada dua tahun yang lalu menjadi kenyataan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram