Advertising
Sabah Hilang Khidmat Saddil Ramdani Saat Akhir
MakanBola
Azri / MakanBola

Tonggak utama Sabah FC, Saddil Ramdani memberikan rasa cemas kepada pasukan menjelang sepak mula musim 2024/25.

Pemain berusia 26 tahun itu memasuki musim ke-4 bersama The Rhinos dan menjadi tunjang utama di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Ad

Pemain kebangsaan Indonesia ini bagaimanapun memiliki rekod kecederaan yang kurang baik sejak musim lalu dan terpaksa diketepikan bagi beberapa perlawanan.

Ad

Khabar buruk sekali lagi menghimpit kem Sabah apabila beberapa tonggak utama dilaporkan mengalami kecederaan.

Bekas pengendali Malaysia itu memberitahu bahawa beliau tidak mahu tergesa-gesa untuk menggunakan khidmat Saddil Ramdani.

Ad

“Kita tidak akan mengambil risiko berikutan perjalanan Liga Super baru bermula. Pada masa yang sama, Sabah FC sedang mencorak taktikal lain untuk mengisi kekosongan sekiranya kedua-dua mereka (Ramon dan Saddil) tidak dapat diturunkan petang esok.

Ad

“Selain itu, S.Kumaahran juga berada dalam senarai kecederaan manakala Damien Lim sudah pasti terkeluar tidak dapat beraksi kemungkinan selama enam hingga ke lapan minggu.

Ad

Sebelum ini, penjaga gol Sabah, Damien Lim juga dilaporkan cedera sekaligus menyaksikan 4 orang pemain terpaksa diketepikan.

“Kita akan lihat perkembangannya, Damien Lim memerlukan masa untuk mendapatkan semula tahap kecergasannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabah dijadualkan bertemu Penang bagi aksi pembukaan Liga Super 2024/25 pada jam 5:45 malam.