Ads
Sabah Mahu Tewaskan Selangor
Persahabatan
Sabah FC

Sabah menyasarkan untuk menjadikan Selangor sebagai salah satu pasukan untuk ditewaskan apabila bakal bertembung dalam satu aksi di Indonesia kelak.

Advertisements

Perkara ini dimaklumkan oleh ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee ketika sesi sidang media kejohanan jemputan, RCTI Premium Sport di Indonesia yang berlangsung pada Rabu lalu.

Advertisements

Menurut Datuk Ong Kim Swee, apabila menyertai sesuatu kejohanan, sudah tentu beliau memasang impian untuk meraih kemenangan dalam setiap perlawanan termasuklah berdepan Selangor nanti.

Advertisements
Advertisements

“Saya ingin tewaskan Selangor. Ya, apabila kita beraksi dalam setiap kejohanan, kita ingin mencapai kejayaan,” kata bekas pengendali skuad bawah 23 tahun itu kepada pihak media.

Walau bagaimanapun, ketika kejohanan ini berjalan pada awal bulan Jun nanti, kebanyakan pemain tidak dapat beraksi disebabkan oleh tugasan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan masing-masing.

Advertisements

Oleh itu, jurulatih berusia 54 tahun itu melihat ini sebagai peluang untuk pemain lain membuktikan kemampuan tersendiri bagi merebut tempat dalam pasukan apabila berdepan lawan yang lebih kuat seperti Selangor dan dua lagi pasukan negara jiran.

“Tetapi kita juga harus melihat semua faktor di mana kita semua tahu, kita akan bermain tanpa pemain kebangsaan termasuk pasukan Indonesia.”

“Jadi, ini satu yang langkah yang baik untuk mengetengahkan pemain yang lain untuk mendapatkan peluang bermain dalam kejohanan atau perlawanan berintensiti tinggi,” tambah Kim Swee lagi.

Pada aksi kejohanan jemputan itu, Sabah dijadualkan berdepan satu lagi wakil Malaysia, Selangor FC manakala satu lagi perlawanan menemukan dua kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta dan PSIS Semarang pada 30 Mei hadapan.

Kesemua perlawanan bakal dilangsungkan di venue yang sama iaitu Jakarta International Stadium sementara penyokong yang tidak berkesempatan ke stadium boleh menonton di platform RCTI.

Advertisements

Sebelum terbang ke Indonesia, Sabah perlu mengharungi tiga aksi Liga Super 2024/2025 terlebih dahulu dengan berdepan Penang FC pada 12 Mei, Kelantan Darul Naim lima hari kemudian dan Kuching City pada 25 Mei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram