Sabah Pasukan Terawal Mulakan Persiapan Pra-Musim
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Meskipun Liga Super musim 2024-2025 bakal membuka tirainya pada Mei ini, Sabah FC menjadi pasukan terawal yang memulakan persiapan pra-musim.

Ini selepas akaun laman media sosial skuad Badak memuatnaik gambar-gambar sesi latihan pra-musim pertama mereka semalam.

Antara pemain yang sudah melapor diri untuk latihan pra-musim ialah Khairul Fahmi Che Mat, Gary Steven Robbat, Irfan Fazail dan Damien Lim.

Advertisements

Dua pemain import Sabah turut kelihatan dalam sesi latihan semalam iaitu Ko Kwang-min dan kapten, Park Tae-soo.

Seorang pemain yang mencuri perhatian penyokong Sabah dalam sesi latihan tersebut ialah Shahrol Nizam Abdul Rahman. Shahrol Nizam merupakan adik kepada bekas peledak skuad Badak, Rozaimi Abdul Rahman.

Advertisements

Sepanjang musim 2023, beliau menjadi tonggak skuad Sabah Bawah 23 Tahun (B-23) dalam saingan Piala MFL.

Sabah memulakan persiapan pra-musim lebih awal kerana mereka perlu mengharungi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC musim 2023-2024 yang berlangsung pada bulan hadapan.

Advertisements

Mereka bakal turun menentang wakil A-League, Macarthur di peringkat separuh akhir Zon ASEAN pada 13 Februari ini.

Satu lagi aksi separuh akhir Zon ASEAN bakal menemukan juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners dengan kelab Kemboja, Phnom Penh Crown.

Advertisements

Sabah berjaya layak ke separuh akhir Zon ASEAN selepas muncul juara Kumpulan H selepas mengetepikan cabaran Hougang United, Hai Phong dan PSM Makassar.

Seandainya Sabah berjaya melepasi halangan The Bulls, mereka akan beraksi di pentas final Zon ASEAN pada 22 Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram