AFC Cup: Ujian Sabah Di Asia Berlangsung di Australia
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Wakil tunggal Malaysia di Piala AFC 2023, Sabah bakal bertemu dengan pasukan gergasi Australia, Macarthur bagi aksi pusingan kalah mati zon Asean.

The Rhinos melalui pencapaian yang cukup memberangsangkan di pentas Asia musim ini selepas merekodkan 4 kemenangan dan dua kekalahan untuk melangkah ke separuh akhir zon Asean.

Sabah mengumpul 12 mata secara keseluruhan untuk meneruskan perjuangan wakil Malaysia selepas satu lagi pasukan iaitu Terengganu FC terkandas.

Advertisements

Sungguhpun tidak merekodkan sebarang kekalahan, anak didik Tomislav Steinbruckner terpaksa berpuas hati untuk terlepas slot pasukan kedua terbaik di tangan kelab Kemboja, Phnom Penh Crown.

Menerusi undian yang dibuat oleh Konfederasi abola Sepak Asia (AFC) hari ini, anak didik Ong Kim Swee dijadualkan bertemu gergasi Australia, Macarthur Fc.

Advertisements

Perlawanan Zon Asean ini dijangka akan berlangsung pada 13 Februari 2024 dengan aksi hanya dimainkan dengan satu perlawanan sahaja (single leg).

“Tiga pemenang kumpulan dan naib juara terbaik Zon ASEAN iaitu Macarthur FC, Sabah FC, Central Coast Mariners dan Phnom Penh Crown FC. Perlawanan separuh akhir zon Asean akan dimainkan sebagai perlawanan tunggal pada 12 dan 13 Februari 2024,” ujar AFC.

Advertisements

Satu lagi separuh akhir zon melibatkan pertembungan antara Central Coast dan juga Phnom Penh pada 12 Januari 2023.

Pemenang Separuh Akhir akan berdepan antara satu sama lain dalam pusingan tunggal final zon ASEAN pada 22 Februari 2024 dengan kelab tuan rumah akan ditentukan semasa undian kalah mati kelak.

Advertisements

Pemenang perlawanan akhir zon ASEAN akan menyertai pemenang Kumpulan D, E dan I, iaitu Odisha FC dari India, FK Abdysh-Ata dari Republik Kyrgyz dan Taichung Futuro FC dari Chinese Taipei untuk bertanding di tempat sendiri dan tempat lawan bagi aksi separuh akhir antara zon.

Aksi final Piala AFC 2023 akan berlangsung pada bulan Mei yang difahamkan akan dilangsungkan di venue zon barat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram