Advertisements
Sabah Pintas Ranking Al-Nasr
Asia
MakanBola
Sabah FC

Jaguh Liga Super Malaysia, Sabah FC berjaya memintas kedudukan Al-Nasr dalam ranking kelab di Asia.

Advertisement

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya menemui prestasi sebenar pasukan selepas melonjak ke kedudukan ketiga Liga Super.

The Rhinos berjaya melakar empat kemenangan besar dalam empat aksi terakhir menentang Perak (4-2), Penang (4-0), Kedah Darul Aman (5-2) dan Kelantan Darul Naim (4-1).

Advertisement

Pasukan di bawah bayu itu kini menghuni tangga ketiga Liga Super dan memberikan gambaran bakal hadir dengan cabaran lebih besar.

Sabah kini menghuni tangga ke-184 di Asia dengan 67.0 mata dan merupakan kelab ketiga terbaik dari Malaysia selepas JDT (5) dan Selangor (102) menerusi kemas kini oleh lan Opta Analyst.

Advertisement

Dua lagi pasukan Malaysia, Terengganu dan KL City masing-masing berada pada kedudukan (188) dan (233) sungguhpun beraksi dalam saingan Asean Shopee Cup 2024.

Advertisement

Kedudukan ini lebih baik berbanding beberapa kelab Timur Tengah dan Asia lain seperti Baniyas (187), Perth Glory (203) dan juga Al-Nasr (207) yang beraksi dalam liga utama Oman.

Ujian berikutnya buat Sabah adalah menentang Kuching City sebelum beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2024.

Advertisement