Sabah Sambar Bintang Piala AFC & Harimau Malaya
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Semi finalis Piala Malaysia 2022, Sabah FC melakukan tindakan pantas bagi memperkuatkan pasukan apabila dilaporkan sudah pun mendapatkan tandatangan pemain bertaraf kebangsaan bagi musim 2023.

Ketua jurulatih pasukan, Dato’ Ong Kim Swee serius mahu menambah kekuatan pasukan apabila difahamkan telah mendapatkan khidmat tiga pemain termasuklah seorang bintang AFC dan dua lagi pemain Harimau Malaya.

Pertahanan kental The City Boys, Irfan Zakaria difahamkan sudah pun disambar oleh pasukan di bawah bayu itu bagi memantapkan lagi pertahanan pasukan tersebut.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun itu memiliki pengalaman yang luas termasuklah beraksi di pentas tertinggi bersama KL City dalam Piala AFC dan juga Harimau Malaya sebelum ini.

Malah, Kim Swee turut menyambar khidmat dua pemain PJ City iaitu penyerang kebangsaan, Darren Lok dan juga S. Kumaahran.

Advertisements

Duo ini merupakan tunjang bagi serangan The Phoenix selain penyerang kacukan tersebut memiliki reputasi yang baik selaku pemain tempatan dengan jaringan tertinggi musim ini.

Sabah sudah tentu mahu memberi saingan yang lebih hebat selepas melalui musim yang cukup baik apabila berada di tangga ketiga Liga Super 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram