Sabah Dikatakan Sedia Buka Jalan Buat Duo Sensasi JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Sabah FC dikatakan bersedia untuk memberikan peluang kepada duo sensasi JDT dalam usaha memantapkan lagi pasukan menjelang musim hadapan.

Pasukan kendalian Dato’Ong Kim Swee kini sedang berada pada tahap yang amat memberangsangkan selepas berjaya melonjak ke tangga kedua Liga Super di belakang JDT.

Menjelang saingan musim hadapan, Sabah dilaporkan sudah pun merancang untuk membawa nama-nama besar untuk beraksi bersama mereka.

Advertisements

Sebelum ini, Kim Swee telah berjaya menarik beberapa pemain bintang seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Irfan Fazail, Dominic Tan, Gary Steven Robbat untuk memperkuatkan pasukannya.

Walau bagaimanapun, laporan media ada mendedahkan bahawa pihak pengurusan Sabah mahu mencuba untuk membawa Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.

Menurut satu penjelasan oleh pemerhati sukan, Dr Pekan Ramli, beliau menganggap perkara ini bukanlah satu hal yang pelik sekiranya ia benar-benar terjadi.

Advertisements

Beliau percaya bahawa kualiti yang dimiliki oleh pemain ini mampu mencetuskan impak yang cukup baik untuk menajamkan lagi

“Saya tidak pelik jika Safawi dan Akhyar berhijrah ke Sabah. Ini adalah perkara biasa sebagai pemain profesional.”

Beliau juga merasakan tindakan untuk mencari pasukan baharu juga penting bagi memastikan perkembangan karier dan juga minit permainan yang mencukupi boleh diraih.

Advertisements

“Amat baik jika mereka mula mengorak langkah untuk mencari pasukan lain.”

“Sekiranya khidmat mereka diperlukan oleh Kim Swee ini satu pilihan semasa yang tepat,” jelasnya kepada Majoriti.

Pekan juga yakin bahawa Safawi dan juga Akhyar bukanlah calang-calang pemain dan mampu untuk memacu lebih banyak kejayaan buat Sabah sekiranya perpindahan ini terjadi.

Advertisements

Pengalaman beraksi di pentas antarabangsa sudah pasti ditagih Kim Swee dalam usaha membawa Sabah ke Asia musim hadapan.

Kelibat Akhyar masih tidak dapat ditemui pada musim ini manakala Safawi lebih banyak beraksi sebagai pemain gantian buat JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram