Advertisements
Sabah Tanya Piang Sumber Masalah Gaji
Dunia
MakanBola
Sabah FC

Baru-baru ini ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Selepas perletakan jawatan itu berkuatkuasa serta merta, banyak khabar angin yang berlegar di media sosial menyatakan bahawa Sabah bakal kehilangan sumber dana yang besar untuk pasukan.

Pemerhati bola sepak tempatan, Piang Shankly di laman Twitter dalam satu ciapan menzahirkan kegusarannya tentang pasukan Sabah. Menurut Piang, pasukan Sabah sedang berada dalam masalah setelah perletakan jawatan oleh Bung Mokhtar.

“Sabah sedang berada dalam masalah. Bos besar (Bung Mokhtar) dah pergi. Ada pemain yang belum terima gaji musim lepas hingga 3 bulan,” tulis Piang.

Selepas ciapan itu tular dan mendapat kira-kira 200 Retweet dan mencecah 600 Likes, pasukan Sabah tampil mempersoal ciapan tersebut di ruangan reply.

Hari ini, akaun rasmi Sabah FC Official di Twitter meninggalkan komen di ciapan tersebut dan bertanya sumber berkaitan hal itu.

Pasukan Sabah tahun ini berbelanja besar dengan menandatangi beberapa nama besar dalam arena bola sepak tempatan. Kehadiran Darren Lok, Daniel Ting dan Kumaahran dilihat sebagai prospek terbaik untuk memperkuat skuad kendalian Ong Kim Swee.

Sabah menjadi antara pasukan pilihan yang bakal memberikan cabaran sengit dalam saingan Liga Malaysia 2023. The Rhinos juga bakal beraksi di pentas Piala AFC musim ini pada September kelak.