Perjalanan pasukan Sabah FC berlangsung lebih baik apabila menerima suntikan dana lumayan mencecah RM1.5 Juta.
Perkara ini dikongsikan oleh laman sosial Sabah FC mengenai satu lagi tajaan korporat oleh Zirbad Resources Sdn. Bhd buat The Rhinos.
“Tajaan disampaikan Pengarah Urusan, Zirbad Resources Sdn.Bhd, Adham Abdul Hamid kepada Pengurus Besar Sabah FC, Md Joh Hj Wid, sambil disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hj Ir. Shahelmey Hj Yahya,” ujar kenyataan tersebut.
Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee juga telah mempamerkan konsistensi dalam persembahan kempen Liga Super dan juga di Piala AFC tahun lalu.
Sabah berjaya mengekalkan kedudukan ke-3 buat dua musim berturut-turut selain mara ke pentas separuh akhir Piala AFC 2023 Zon Asean.
Dana ini juga sedikit sebanyak dapat melancarkan perjalanan Sabah bagi musim 2024/25 yang lebih panjang susulan perubahan kalendar musim baharu.
Sabah kini tangga ketiga Liga Super susulan dua kemenangan dan satu keputusan seri selepas tiga perlawanan yang diharungi musim ini.