Sabah Terima Dana Tambahan RM5 Juta
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Pasukan Liga Super 2024, Sabah FC difahamkan menerima suntikan tambahan sebanyak RM5 Juta bagi musim baharu.

Perkara ini diumumkan menerusi laman rasmi The Rhinos tentang tajaan yang diberikan oleh Jetama Sdn Bhd.

Syarikat itu difahamkan telah menyalurkan tajaan bernilai RM5 juta sekaligus menjadi penaja rasmi kepada Sabah FC bagi mengharungi  kempen Liga Malaysia 2024/2025.

Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Shahelmey Yahya memberitahu bahawa Jetama Sdn Bhd akan menggantikan Sawit Kinabalu yang sebelum ini menjadi penaja utama kepada Sabah FC.

Pihaknya juga ketika ini berharap agar beberapa syarikat korporat akan bersedia tampil menyalurkan sumbangan bagi membantu sumber kewangan pasukan untuk musim 2024/2025 ini. 

“Kita harapkan Sabah FC akan terus fokus dalam menyiapkan sebuah pasukan untuk menghadapi persaingan musim ini sekali gus dapat menunjukkan prestasi terbaik mereka seperti tahun lalu.”

Advertisements

“Jetama pada tahun-tahun sebelumnya juga sering membantu menyalurkan sumbangan kewangan kepada Sabah FC dan SAFA dalam usaha untuk membangunkan prestasi sukan bola sepak negeri.”

Shahelmy yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya juga meletakkan harapan agar lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan bersama-sama membantu meningkatkan pembangunan bola sepak di negeri ini.

“Sumbangan yang disalurkan ini akan dapat memperoleh sedikit kelonggaran cukai kepada syarikat tersebut sebagai satu usaha dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka,” jelasnya dalam satu kenyataan Sabah FC.

Advertisements

“Kita juga ucapkan terima kasih kepada anak syarikat Jetama iaitu Jetama Water yang turut menandatangani perjanjian untuk membekalkan air minuman kepada Sabah FC sepanjang musim ini,” jelas Shahelmy.

Sabah merekodkan pencapaian yang memberangsangkan musim 2023 apabila mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC.

Sebelum ini, Sabah juga merupakan pasukan ketiga terbaik menerusi jualan tiket terbuka Liga Super 2023 yang direkodkan datanya oleh Syafiq Freman buat MakanBola.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram