Sabah Catat Keuntungan Lebih RM1.9 Juta Jualan Tiket Terbuka Liga Super 2023
Data
Sabah FC
Advertisements

Pasukan tangga ketiga Liga Super, Sabah FC mencatatkan keuntungan jualan tiket terbuka Liga Siper 2023 mencecah kira-kira 1.9 Juta.

Skuad kendalian Ong Kim Swee merekodkan persembahan yang amat baik tahun lalu selepas terutamanya apabila berjaya mara ke pentas separuh akhir Piala AFC 2023 Zon Asean.

Persembahan konsisten ini juga telah berjaya menarik sebilangan besar penyokong setia pasukan untuk datang dan memberikan sokongan padu di Stadium Likas.

Advertisements

Menerusi pengkalan data yang direkodkan oleh Syafiq Freman buat Data MakanBola, The Rhinos berjaya menjadi pasukan ketiga dengan jumlah kehadiran tertinggi iaitu 128,270 ribu penyokong bagi tahun 2023.

Jumlah kehadiran ini membawa kepada anggara keuntungan yang direkodkan bagi jualan tiket terbuka ketiga tertinggi Liga Super iaitu sekitar RM1.959,280 Juta.

Angka ini bagaimanapun tidak termasuk jumlah keuntungan yang diperoleh bagi pemegang pas bermusim pasukan.

Advertisements

Jumlah kehadiran tertinggi Liga Super 2023 bagaimanapun kekal menjadi milik Selangor FC dengan jumlah kehadiran 103,673 ribu yang membawa kepada anggaran keuntungan tiket terbuka sebanyak RM2.07 Juta.

Bagi saingan musim lalu, Sabah merekodkan 17 kemenangan, tiga seri dan 6 kekalahan selain meledak 64 gol di Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram