Kelantan Catat Keuntungan Lebih Setengah Juta Jualan Tiket Terbuka Liga Super 2023
Data
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pasukan Liga Super 2023, TRW Kelantan FC berjaya mengubati musim yang suram apabila mencatatkan keuntungan jualan tiket terbuka mencecah lebih setengah juta.

The Red Warriors diuji dengan pelbagai perkara termasuklah hampir semua pemain bintang pasukan yang membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan lebih awal.

Skuad kendalian Alfredo Vera mengakhiri saingan Liga Super 2023 di tangga tercorot selepas hanya berjaya memungut 8 mata.

Advertisements

Kelantan juga mencatat jumlah bolos tertinggi dan menjadi rekod baru selepas sebanyak 121 gol telah dibolosi oleh pasukan.

Menerusi pengkalan data yang dikumpulkan oleh Syafiq Freman kepada MakanBola, TRW Kelantan FC berjaya mencatatkan hampir setengah juta hasil jualan tiket terbuka pada musim 2023.

Pengakalan Data MakanBola merekodkan kehadiran seramai 33,488 ribu di Stadium Sultan Muhamad ke-IV dengan anggaran kasar sebanyak RM502,320.

Advertisements

Sungguhpun jumlah ini tidak setanding beberapa pasukan lain seperti Selangor (RM2.07 Juta) dan JDT (RM1.95 Juta).

Kelantan juga menerima wang agihan yang agak lumayan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) iaitu sebanyak RM600,000 iaitu berdasarkan agihan merit dan agihan rata.

Berdasarkan jadual sistem pengagihan MFL tersebut, Kelantan bakal memperoleh agihan rata RM500 Ribu dan agihan merit sebanyak RM100 Ribu selaku tempat ke-14 Liga Super dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM600 Ribu.

Advertisements

Status pasukan untuk beraksi di Liga Super 2024 masih tidak mendapat sebarang keputusan rasmi daripada First Instance Body (FIB) dengan beberapa perkara untuk disemak lebih teliti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram