Kelantan Terima Suntikan Lebih Setengah Juta
Liga Super
Kelantan FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, TRW Kelantan FC memperoleh habuan yang cukup lumayan untuk membantu memulihkan semula reputasi pasukan menjelang saingan musim baharu.

The Red Warriors gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan setelah kembali beraksi di Liga Super musim ini.

Pasukan milik Norizam Tukiman itu hanya mampu memungut 8 mata daripada 26 perlawanan dengan bolos 121 gol sekaligu memecahkan rekod yang dipegang oleh kelab di Liga Eropah, Swindon Town.

Advertisements

Namun begitu, wang agihan yang telah ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyaksikan setiap pasukan mempunyai bahagian masing-masing.

“Sistem pengagihan kepada 14 kelab Liga Super 2023 ini bakal menyaksikan peningkatan sebanyak lebih 96.55 peratus iaitu RM15.675 juta berbanding RM7.975 juta yang diagihkan kepada 14 kelab yang sama musim lalu.”

Advertisements

“Agihan musim ini akan membolehkan enam kelab terbaik dalam liga memiliki peluang untuk membawa pulang lebih RM1 juta manakala pasukan yang menduduki kedudukan paling rendah juga mampu membawa pulang sekurang-kurangnya RM600,000 berbanding hanya RM250,000 pada 2022.”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam, peningkatan sebanyak RM6.95 juta itu akan diagihkan kepada setiap kelab berdasarkan prestasi masing-masing di penghujung musim.

Advertisements

“Ini tidak termasuk wang kemenangan kepada juara dan naib juara Piala MFL sebanyak RM500,000 dan RM250,000 sekali gus menjadikan jumlah agihan tambahan keseluruhan sebanyak RM7,700,000.”

Berdasarkan jadual sistem pengagihan MFL tersebut, Kelantan bakal memperoleh agihan rata RM500 Ribu dan agihan merit sebanyak RM100 Ribu selaku tempat ke-14 Liga Super dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM600 Ribu.

Advertisements

Wang ganjaran ini sudah pasti bermakna buat kelab di Malaysia untuk merangka perjalanan musim baharu untuk merebut tempat ke Asia tahun 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram