Selangor Catat Keuntungan Jualan Tiket Terbuka Tertinggi Liga Super 2023
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC memcatatkan satu pencapaian membanggakan apabila merekodkan jumlah kentungan jualan tiket terbuka paling tinggi di Liga Super bagi musim 2023.

The Red Giants berjaya mempamerkan kebangkitan musim ini selepas berjaya menamatkan saingan di tangga kedua sekaligus memperoleh slot ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi tahun 2024.

Prestasi membanggakan anak buah Tan Cheng Hoe juga menyaksikan Selangor berjaya menarik lebih ramai penyokong untuk hadir ke stadium bagi memberikan sokongan penuh kepada pasukan kesayangan mereka.

Advertisements

Selangor juga mempamerkan semangat juang tinggi apabila mara ke peringkat separuh akhir Piala FA dan juga suku akhir Piala Malaysia tahun ini.

Menerusi pengkalan data yang direkodkan oleh Syafiq Freman buat MakanBola, Selangor berjaya menjadi pasukan dengan kehadiran antara tertinggi bagi saingan Liga Super Malaysia dengan 103,673 Ribu sekaligus menghangatkan saingan di Stadium MBPJ.

Advertisements

Kehadiran itu membawa kepada anggaran jumlah keuntungan jualan tiket terbuka paling tinggi iaitu sebanyak RM2,073,460 Juta.

Angka ini bagaimanapun tidak termasuk jumlah keuntungan yang dibuat melalui pemegang pas bermusim yang turut hadir memeriahkan stadium.

Advertisements

Selangor mencatatkan 20 kemenangan, satu seri dan 5 kekalahan sementara menjaringkan 72 gol bagi musim 2023.

Persiapan rapi kini sedang dirangka oleh CEO pasukan, Dr. Johan Kamal untuk memantapkan pasukan selain mahu menyediakan venue terbaik bagi Selangor mengharungi aksi di Asia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram