Sabah Terperangkap Dengan Taktikal PSM Makassar
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Kekalahan 1-3 Sabah FC di tangan PSM Makassar pada aksi terakhir kumpulan H Piala AFC telah mencalarkan momentum kemenangan mereka sejak beberapa perlawanan terdahulu.

Bagi jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, beliau berpendpat para pemainnya tidak memanfaatkan peluang terhidang.

Selain itu, taktikal PSM Makassar yang bertahan menyukarkan tugas pemain Sabah. Pemain Sabah telah terperangkap dengan serangan balas yang dilancarkan para pemain PSM Makassar.

Advertisements

“Kami tidak menyudahkan peluang sebaiknya. Kita tahu Makassar turun dengan taktikal bertahan di mana mereka mengharapkan kepada serangan balas.

“Kami telah terperangkap dengan cara itu (serangan balas). Kredit kepada mereka (pemain PSM Makassar) kerana mereka telah beraksi dengan baik. Kami harus menyalahkan diri kami sendiri,” jelas Kim Swee kepada Astro Arena.

Advertisements

Bakal meneruskan saingan di pentas Asia, Kim Swee percaya Sabah perlu bersedia dengan lebih baik jika mahu mara ke peringkat seterusnya.

Dalam aksi sebentar tadi, Sabah ketinggalan seawal minit ke-15 perlawanan melalui jaringan pemain lincah PSM Makassar, Yakob Sayuri sebelum Dominic Tan menghadiahkan gol sendiri pada minit ke-36.

Advertisements

Telmo Castenheira merapatkan kedudukan pada minit ke-73 sebelum Everton mengesahkan kemenangan buat PSM Makassar pada masa kecederaan melalui sepakan penalti.

Sabah dijadualkan akan menentang kelab dari Australia, McArthur di peringkat separuh akhir zon Asia Tenggara.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram