Advertisements
Sabah Ulas Status Semasa Saddil Ramdani
Transfer
MakanBola
Kuching City FC

Sabah FC tampil membuat kenyataan mengenai kedudukan pemain sayap lincah pasukan, Saddil Ramdani.

Pemain berusia 25 tahun itu mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung.

Berita ini telah mendapat liputan meluas daripada peminat bola sepak tanah air khususnya penyokong The Rhinos.

Sebelum ini, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee telah kehilangan penyerang utama, Ramon Machado yang membawa haluan ke Azerbaijan.

Masa depan Saddil telah pun dijawab oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), YB Datuk IR. Shahelmy Yahya baru-baru ini.

“Berkenaan isu pemain kita Saddil Ramdani yang dikhabarkan akan meninggalkan Sabah FC, setakat ini belum ada kelab yang menghubungi Sabah FC berkenaan perkara tersebut.

“Saya berharap pasukan kita akan mampu memperbaiki kedudukan di carta liga selepas ini dan menyer kepada penyokong setia kita agar terus memberi sokongan padu kepada pemain-pemain kita,” jelas Shahelmy dalam satu kenyataan.

Hal ini memberi bayangan awal bahawa Saddil Ramdani dijangka kekal bersama Sabah FC untuk membawa cabaran pasukan bagi musim 2024/25.

Sabah juga kini dalam prose untuk mencari tonggak import baharu bagi membantu pasukan dan bakal didaftarkan pada jendela perpindahan kedua, Ogos ini.