“Saddil Ramdani Bintang Asia Tenggara” – Ong Kim Swee
AFC Cup
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee memuji persembahan yang ditampilkan pemain sayap The Rhinos, Saddil Ramdani.

Saddil yang diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan berjaya menyumbang tiga bantuan jaringan dalam aksi Kumpulan G antara Sabah dan PSM Makassar semalam. Sabah mencatat kemenangan bergaya, 5-0 dalam aksi kedua di pentas Piala AFC.

Ketika sidang media selepas perlawanan, Ong Kim Swee memuji impak pemain berusia 24 tahun itu. Beliau percaya bintang kebangsaan Indonesia itu miliki kualti terbaik di Asia Tenggara.

Advertisements

“Ya sudah tentu beliau ingin membuktikan sesuatu seperti saya katakan daripada awal musim, Saddil merupakan seorang pemain yang bertaraf amat tinggi dan saya percaya salah seorang pemain yang terbaik di Asia Tenggara.”

Pengendali Sabah ini berharap Saddil akan terus konsisten dan mengekalkan prestasi untuk perlawanan mendatang.

Advertisements

“Namun beliau masih terlalu awal dan terlalu muda dan saya harap Saddil akan teruskan prestasi yang positif dalam perlawanan yang akan datang,” ujar Ong Kim Swee.

Skuad The Rhinos kini menghuni tempat pertama dalam carta Kumpulan G selepas mencatat kemenangan selepas dua perlawanan.

Advertisements

Sabah akan terbang ke bumi Vietnam, meneruskan kempen di pentas Piala AFC pada 25 Oktober kelak berdepan wakil dari Vietnam, Hai Phong FC. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Lach Tray.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram