Advertisement
Saddil Ramdani Cetus Kebimbangan Sabah
Liga Super
MakanBola
Azri / MakanBola

Pemain sayap pasukan Sabah FC, Saddil Ramdani mencetuskan kebimbangan buat kem pasukannya selepas mengalami kecederaan berdepan Selangor tempoh hari.

Bintang kelahiran Indonesia ini merupakan tunjang utama di bawah kendalian Ong Kim Swee untuk memacu cabaran pasukan dalam saingan domestik.

Khidmat beliau bagaimanapun mungkin terpaksa dilupakan seketika oleh The Rhinos selepas perlawanan semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu kelihatan mengerang kesakitan sebelum Kim Swee memutuskan untuk menggantikannya dengan pemain lain.

Nasib kelihatan tidak memihak kepada bekas pemain Sri Pahang ini selepas beliau baru sahaja pulih daripada kecederaan.

Sungguhpun begitu, beliau tetap berjaya mengumpul sekitar 959 minit bermain pada musim ini untuk membantu Sabah merebut kelompok terbaik di Liga Super.

Saddil menjadi antara pemain import paing menyerlah musim ini bersama Sabah selepas mencatatkan 6 gol dan 7 bantuan gol dalam 18 aksi Liga Super.

Tahap kecergasan Saddil masih tidak dapat dipastikan tatkala Sabah akan berkunjung ke Stadium Bandaraya bagi aksi berdepan Penang.