Dunia
Instagram: @akhyarrashid & @shahirulakmal
Advertisements

Pasca pandemik yang melanda negara ketika ini sememangnya memberi impak besar kepada masyarakat. Ramai dalam kalangan anak muda kini yang turut sama berusaha mencari lebihan rezeki, berniaga untuk menyara diri dan membantu keluarga.

Begitu juga yang dilakukan anak muda dari Johor, saudara Shahirul Akmal yang menjual barangan bundle di Instagram. Setiap petang dan malam dia akan bersiaran secara live di Instagram bundle miliknya. Perkara ini telah mendapat perhatian pemain Johor Darul Ta’zim yang turut live bersama, berkongsi rezeki membantu anak muda itu meraih jualan.

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Muhammad Safawi bin Rasid dan Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid telah membantu menggandakan jumlah tontonon live Instagram pada malam itu. Kemasukan Akhyar dan Safawi telah menjadikan jumlah tontonan daripada 50 orang menjadi lebih daripada 3000 tontonan.

Advertisements

Pada mulanya Safawi Rasid hanya live berdua bersama Shahirul Akmal. Beberapa minit selepas itu, Akhyar Rashid dan Hadi Fayyadh juga turut serta bagi memeriahkan lagi jualan. Dengan kehadiran tiga pemain ini sekaligus dapat membantu peniaga dari Batu Pahat itu mendapat pelanggan.

Turut berkongsi rezeki, pemain bola sepak professional, Safawi Rasid dengan seikhlas hati memberi sebanyak RM500 untuk memborong baju dari Shahirul. Safawi turut ‘belanja’ sebanyak enam helai hoodie secara rambang kepada mana-mana penonton yang sertai live pada malam itu.

Live tersebut turut disertai beberapa rakan sepasukan lain seperti Syazwan Andik dan Shahrul Saad. Turut kelihatan rakan-rakan artis seperti Fad Bocey yang bersama menghangatkan lagi jualan baju-baju bundle ketika itu. Rata-rata netizen yang menonton tersentuh dengan kebaikan yang dipamerkan pemain bola sepak professional itu.

Advertisements

Sikap yang ditunjukkan Safawi, Akhyar dan Hadi Fayyadh ini wajar dipuji. Amalan bantu-membantu, tolong-menolong dalam masyarakat kita perlu diteruskan. Secara tidak langsung tindakan mulia Safawi, Akhyar dan Hadi ini dapat dijadikan contoh teladan dalam masyarakat untuk terus memupuk amalan bantu-membantu walau dalam apa jua cara sekalipun.

Semoga Safawi, Akhyar, Hadi dan Shahirul terus dimurahkan rezeki selalu.

E1702220 3F8E 490E A4AC CA9F2A5BDAB1 Safawi Dan Akhyar Berkongsi Rezeki, Bantu Meriahkan Jualan Bundle Anak Muda
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram