Safawi Rasid Berhijrah Ke Thailand, Sertai Ratchaburi FC
Dunia
Safawi Rasid
Advertisements

Pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dilaporkan sudah pun menandatangani kontrak bersama kelab Liga 1 Thai, Ratchaburi FC.

Bintang berusia 25 tahun itu merupakan antara tunjang utama buat pasukan Harimau Selatan dan juga skuad kebangsaan sejak beberapa musim yang lalu.

Namun begitu, ank jati kelahiran Dungun, Terengganu ini bergelut dengan kecederaan selain berdepan saingan sengit untuk kwmbali merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, menerusi satu pengumuman, Safawi dilaporkan sah berhijrah ke kelab Liga 1 Thai itu oleh pemilik kelabnya sendiri.

Tanawat Nikitanchana telah mengesahkan kemasukan Safawi Rasid dalam kuota ASEAN kelab tersebut bagi jendela perpindahan kedua musim 2022/2023.

Beliau turut memberitahu bahawa kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat mengenai perpindahan tersebut.

Advertisements

“Ketika ini, perpindahan ini sudah selesai.”

“Safawi akan menyertai pasukan kami apabila selesai tugasan bersama skuad kebangsaan dan saya berharap beliau dapat membawa penyokong baharu buat kelab ini,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Bekas bintang muda T-team ini juga pernah bertemu dengan Ratchaburi dalam kempen ACL bersama JDT pada tahun 2021.

Advertisements

Safai yang baru sahaja mendirikan rumah tangga berjaya menjaringkan dua gol dan mencatat tiga bantuan jaringan pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram