Ads
Dunia
Ratchaburi & Selangor

Pemain baharu Ratchaburi FC, Safawi Rasid berpeluang bertemu semula dengan kelab Malaysia tidak lama lagi.

Advertisements

Hal ini susulan Selangor FC bakal hadir ke Thailand dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari ini di Bangkok dan bakal berdepan Ratchaburi FC.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Datuk Johan Kamal, beliau mengesahkan Selangor akan ke Thailand bagi aksi pra-musim.

Advertisements

Advertisements

“Skuad Merah Kuning dijadualkan menentang dua kelab yang beraksi di Thailand iaitu Ratchaburi FC dan PT Prachuap selepas kejohanan Piala Harapan 2023.”

“Kami akan berada di Thailand mulai 5 Februari dan dijangka berakhir pada 10 Februari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Hal ini menjadikan pertemuan bintang sensasi Malaysia, Safawi Rasid yang kembali bertemu rakan senegara sungguhpun dalam aksi persahabatan.

Selangor menjadi antara salah sebuah pasukan dari Malaysia yang akan ke Bangkok dengan kelab antaranya Sri Pahang FC, Sabah FC dan Terengganu FC turut berada si sana.

Advertisements

Liga Malaysia bakal membuka tirainya pada 24 Februari menerusi aksi Piala Sumbangsih antara juara Liga Super musim lalu, JDT dan naib juara Liga Super Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram