Safawi Rasid Diperkenalkan Sebagai Pemain Baharu Ratchaburi
Dunia
Safawi Rasid
Advertisements

Kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan tonggak utama buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Namun begitu, kecederaan yang melanda dirinya menyebabkan beliau perlukan tempat untuk membantunya mencapai semula prestasi sebenarnya.

Advertisements

Pada satu pengumuman awal sebelum ini, JDT telah pun mengumumkan bahawa mereka akan melepaskan Safawi dan seorang lagi pemain, Mousa Sidibe secara pinjaman ke kelab tersebut.

Menerusi satu hantaran oleh kelab tersebut, Safawi telah diperkenalkan sebagai pemain baharu dalam satu sidang media yang diadakan.

Beliau juga pernah menyatakan hasrat untuk kembali memperoleh rentak terbaiknya bersama kelab gergasi Thailand tersebut.

Advertisements

Anak jati kelahiran Terengganu ini sudah pasti memberi elemen tambahan kepada barisan serangan Ratchaburi menerusi kemampuan dan ketajamannya di hadapan gawang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram